Mengenai Kami
Pengenalan, Visi dan Misi Yayasan Prihatin SPRM
Yayasan Prihatin SPRM (No. Pendaftaran: PPM-015-16-15052017) merupakan sebuah pertubuhan kebajikan bertaraf kebangsaan yang ditubuhkan khusus oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Yayasan ini berfungsi sebagai wadah kemanusiaan berteraskan nilai Insan, Ihsan dan Ikhlas dalam menyantuni kebajikan warga SPRM, keluarga serta masyarakat awam.
Dengan sokongan Pengurusan Tertinggi SPRM, yayasan ini memikul amanah untuk memberi pengiktirafan, meraikan sumbangan serta menyalurkan bantuan kebajikan secara telus dan berimpak tinggi.
Yayasan Prihatin SPRM ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2017 atas inisiatif dan kesedaran anggota SPRM bagi mewujudkan mekanisme kebajikan yang tersusun dan berpusat.
Sehingga sesi 2024/2025, yayasan ini terus kekal relevan hasil komitmen ahli serta sokongan kepimpinan SPRM melalui perancangan strategik dan pengurusan kewangan yang mampan.
Selaras dengan Fasal 3 Perlembagaan Pertubuhan, Yayasan berperanan sebagai platform rasmi SPRM dalam melaksanakan inisiatif kebajikan secara bersepadu.
Platform Kebajikan
Memudah cara bantuan kepada masyarakat, anggota SPRM dan keluarga.
Manifestasi Penghargaan
Tanda keprihatinan SPRM kepada masyarakat yang menyokong usaha membanteras rasuah.
Bantuan Kemanusiaan
Menyalurkan bantuan serta mengiktiraf sumbangan anggota dan masyarakat.
Menjadi pertubuhan kebajikan yang unggul, telus dan berintegriti dalam menjaga kesejahteraan warga SPRM serta masyarakat.
- Menyediakan bantuan kebajikan menyeluruh kepada ahli dan keluarga.
- Melaksanakan program CSR berimpak tinggi sebagai jambatan SPRM–rakyat.
(Pengurusan & Profesionalisme)