Jenis Bantuan & Insentif
Senarai Bantuan dan Insentif Ahli Yayasan Prihatin SPRM
Jenis Bantuan & Insentif
Yayasan Prihatin SPRM menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan insentif kepada ahli serta keluarga mereka bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan sentiasa terpelihara.
Setiap bantuan direka berdasarkan keperluan semasa dan keadaan ahli.
Senarai Bantuan & Insentif
INSENTIF KOMITMEN
KELAYAKAN: Terbuka kepada semua ahli berdaftar
Status aktif sebagai ahli sekurang-kurangnya 1 tahun
SYARAT: Insentif tersebut berdasarkan permohonan ahli dan kelulusan mesyuarat jawatankuasa
Permohonan perlu dibuat melalui Portal Rasmi Yayasan
Sekali tuntutan dalam tempoh 2 tahun kewangan
KADAR: RM150
TEMPOH: Ahli aktif sepanjang tahun
INSENTIF KECEMERLANGAN
KELAYAKAN: Terbuka kepada semua Ahli yang mempunyai anak termasuk yang sedang sedang belajar di peringkat SPM, STAM, STPM, Diploma dan Ijazah
Pemberian Insentif tersebut berdasarkan permohonan Ahli dan kelulusan mesyuarat jawatankuasa
Sekali tuntutan dalam tahun semasa
SYARAT: SPM – 8A ke atas
STPM – 4A lulus penuh
STAM – 4.00 PNGK Mumtaz
Diploma – 3.85 CGPA (Semester Akhir)
Ijazah – 3.85 CGPA (Semester Akhir); dan
anak yang mendapat pengiktirafan tertinggi dalam apa jua bidang bakat atau sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
KADAR: RM300.00 bagi setiap permohonan
DOKUMEN: Salinan Slip Keputusan Peperiksaan dengan pengesahan / Salinan Kad Pengenalan / Surat penglibatan / Sijil
TEMPOH: Dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh keputusan peperiksaan / penglibatan
BANTUAN MASUK WAD
KELAYAKAN: Ahli yang masuk wad melebihi 24 jam untuk menerima rawatan (tidak termasuk bersalin)
Di Hospital Kerajaan atau Swasta sahaja
SYARAT: Sekali tuntutan dalam tahun semasa
KADAR: 1 hari – RM50
2 hari – RM100
3 hari ke atas – RM250
DOKUMEN: Salinan Dokumen Hospital dengan pengesahan Pengarah/Ketua Cawangan
TEMPOH: Dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh keluar hospital
BANTUAN KEMATIAN
KELAYAKAN: Ahli yang kematian pasangan/anak kandung termasuk anak angkat berdaftar & anak tiri (dibawah tanggungan Ahli) / ibu kandung / bapa kandung
SYARAT: Ahli yang berdaftar
KADAR: RM300.00
DOKUMEN: Salinan Sijil Kematian
TEMPOH: Dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh kematian
KHAIRAT KEMATIAN
KELAYAKAN: Kematian Ahli
SYARAT: Ahli yang berdaftar
KADAR: RM 1,000.00
DOKUMEN: Salinan Sijil Kematian
Dokumen bukti sebagai waris
TEMPOH: Dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh kematian
BANTUAN BENCANA
KELAYAKAN: Ahli / pasangan
SYARAT: Melibatkan rumah / harta milik Ahli sahaja yang rosak / musnah
Jika suami & isteri adalah ahli berdaftar, hanya seorang sahaja boleh buat permohonan
Sekali permohonan dalam tahun semasa
KADAR: RM500.00
DOKUMEN: Dokumen Pengesahan daripada Pengarah/Ketua Cawangan
Gambar bukti kejadian bencana tersebut
TEMPOH: Dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh kejadian
BANTUAN RAWATAN PENYAKIT KRITIKAL
KELAYAKAN: Ahli
SYARAT: Sekali tuntutan dalam perkhidmatan
KADAR: RM1,000.00
DOKUMEN: Dokumen Hospital daripada Doktor Pakar yang mengesahkan penyakit kritikal tersebut (45 jenis penyakit kritikal)
TEMPOH: Dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh pengesahan Doktor Pakar
BANTUAN IHSAN
KELAYAKAN: Keluarga Ahli - pasangan/anak kandung termasuk anak angkat berdaftar & anak tiri (dibawah tanggungan Ahli) / ibu kandung / bapa kandung,
Keluarga kepada Ahli masuk wad akibat penyakit kritikal
Keluarga kepada Ahli yang terlibat dengan kemalangan menyebabkan kecederaan yang kritikal
Bantuan pembelian peralatan sokongan perubatan.
KADAR: RM50.00 sehingga RM300.00
RM500.00 sehingga RM1,000 (pembelian peralatan sokongan perubatan)
DOKUMEN: Dokumen Hospital daripada Doktor Pakar yang mengesahkan penyakit kritikal
Surat Pengesahan Keluar Hospital
Repot polis (jika kemalangan)
Dokumen pembelian peralatan sokongan perubatan
TEMPOH: Dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh kejadian
BANTUAN KEMASYARAKATAN
KELAYAKAN: Terbuka kepada Persatuan / Badan Bukan Kerajaan (NGO) / Jabatan / Agensi / mana-mana individu
SYARAT: Bukan warga SPRM yang sedang berkhidmat
Melibatkan Program Amal dan Kemasyarakatan serta Kesejahteraan Rakyat
Bantuan Penyakit Kritikal
Bantuan akibat Bencana
Bantuan Kemalangan yang kritikal
Bantuan Kematian (bukan ahli)
KADAR: RM 500.00 – RM 10,000
Garis Panduan ini berkuatkuasa bagi tahun 2026/2027 dan tertakluk kepada perubahan dan arahan dari semasa ke semasa.
* Semua permohonan tertakluk kepada syarat dan kelulusan pihak pengurusan Yayasan Prihatin SPRM.