11 September 2024
Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
Hari ini menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan Yayasan Prihatin SPRM apabila secara rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ELMU Foundation. Kerjasama ini bertujuan mempertingkatkan kesedaran serta memupuk perkembangan dalam komuniti penguatkuasaan undang-undang dan masyarakat umum, sekali gus meletakkan asas kepada inisiatif berimpak tinggi bagi memperkukuh profesionalisme, etika dan kepimpinan dalam bidang penguatkuasaan undang-undang.
Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku Penaung Yayasan Prihatin SPRM, serta Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed, Naib Canselor Universiti ELMU dan Pemegang Amanah ELMU Foundation, telah menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Tuan Zuhairie Abu Bakar, Pengerusi Yayasan Prihatin SPRM, dan Encik Noor Mohamad Bin Md Yusof, Pengurus Besar ELMU Foundation pada hari ini.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Dato' Indera Junipah Binti Wandi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM; Tuan Nazli Rasyid Haji Sulong, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (SPRM); Puan Suzaina Binti Sapian, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia; Dr. Azmi Bin Awang, Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia; pegawai-pegawai SPRM; pegawai Akademi Kastam DiRaja Malaysia; pegawai LHDN; serta Pengurusan dan Staf ELMU.
Kami menantikan pelaksanaan projek serta usaha kolaboratif yang bakal memberi impak positif kepada komuniti bersama kita.