YAYASAN PRIHATIN DAN COOPBANK PERTAMA JALIN KERJASAMA STRATEGIK

YAYASAN PRIHATIN DAN COOPBANK PERTAMA JALIN KERJASAMA STRATEGIK
26 August 2025
PUTRAJAYA, 26 Ogos 2025 – Yayasan Prihatin SPRM telah menerima kunjungan hormat daripada Coopbank Pertama (CBP) di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Keselamatan SPRM bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Perbincangan tersebut menumpukan kepada peluang pelaburan yang berpotensi untuk dilaksanakan oleh yayasan, selain aktiviti kemasyarakatan dan sosial bersama yang boleh memberi manfaat kepada warga SPRM serta komuniti setempat.
Yayasan Prihatin diwakili oleh Pengerusi, Tuan Zuhairie bin Abu Bakar dan Bendahari Yayasan, manakala Coopbank Pertama diwakili oleh pengurusan kanan bank.
Kerjasama ini sejajar dengan komitmen Yayasan Prihatin dalam memperkukuh inisiatif kebajikan berteraskan nilai β€œInsan, Ihsan dan Ikhlas.”