YAYASAN PRIHATIN SPRM SANTUNI MURID ASNAF MELALUI PROGRAM PRIHATIN KOMUNITI
Selain itu, Yayasan Prihatin SPRM turut menyumbangkan sebuah Smart TV kepada pihak sekolah bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif serta interaktif.
Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara Yayasan Prihatin SPRM, SPRM Kuala Lumpur dan pihak sekolah dalam menjayakan inisiatif kebajikan dan pendidikan yang memberi manfaat kepada komuniti. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Yayasan Prihatin SPRM dalam menyokong kebajikan serta pembangunan pendidikan demi memberi manfaat kepada komuniti yang memerlukan.
Turut hadir ialah Pengarah SPRM Kuala Lumpur, TPj Mohamad Zakkuan Talib, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kuala Lumpur, PKPj Nor Faemah binti Ismail serta Biro Kebajikan Yayasan Prihatin SPRM, PPj Muhammad Hilmi bin Juhari.