YAYASAN PRIHATIN ADAKAN PERBINCANGAN AWAL PENCETAKAN BUKU KOMPAS INTEGRITI

YAYASAN PRIHATIN ADAKAN PERBINCANGAN AWAL PENCETAKAN BUKU KOMPAS INTEGRITI
03 September 2025
PUTRAJAYA, 3 September 2025 – Yayasan Prihatin SPRM telah mengadakan perbincangan bersama syarikat pencetak bagi mendapatkan pandangan awal berhubung pencetakan buku bertajuk Kompas Integriti yang bakal diputuskan dalam Mesyuarat ALPA akan datang.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah BPP, Tuan Tarmize Manap Timbalan Pengerusi, Bendahari, dan Penolong Setiausaha Yayasan Prihatin.
Buku Kompas Integriti dirancang untuk diterbitkan bagi tujuan jualan kepada masyarakat sebagai salah satu usaha memperluas agenda pendidikan dan kesedaran nilai integriti dalam kalangan rakyat.