YAYASAN PRIHATIN DAN COOPBANK PERTAMA TERUSKAN PERBINCANGAN KERJASAMA CSR DAN PELABURAN

YAYASAN PRIHATIN DAN COOPBANK PERTAMA TERUSKAN PERBINCANGAN KERJASAMA CSR DAN PELABURAN
10 September 2025
10 September 2025 – Yayasan Prihatin SPRM meneruskan siri perbincangan bersama Coopbank Pertama (CBP) dalam satu pertemuan yang diadakan di Restoran Rebung.
Perjumpaan ini merupakan susulan kepada perbincangan awal yang diadakan sebelum ini, bagi memperincikan peluang kerjasama dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta inisiatif pelaburan strategik yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen Yayasan Prihatin untuk memperluas jaringan kerjasama berasaskan nilai “Insan, Ihsan dan Ikhlas” demi kesejahteraan warga SPRM dan masyarakat.