YAYASAN PRIHATIN SERAH SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARIS AHLI DI SPRM SABAH

YAYASAN PRIHATIN SERAH SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARIS AHLI DI SPRM SABAH
28 January 2025
28 Januari 2025 - Penyerahan Sumbangan Khairat Kematian kepada Waris Ahli Yayasan Prihatin

KOTA KINABALU, SABAH, Yayasan Prihatin SPRM telah menyerahkan Sumbangan Khairat Kematian kepada suami Allahyarhamah Puan Hanayati, yang merupakan warga SPRM Sabah.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Jasni bagi pihak Yayasan Prihatin SPRM sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan waris ahli yang telah meninggal dunia.
Yayasan Prihatin terus berpegang kepada nilai Insan, Ihsan dan Ikhlas dalam menyantuni ahli serta keluarga mereka yang memerlukan sokongan.