YAYASAN PRIHATIN ANJUR PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT SEMPENA PROGRAM KKP

YAYASAN PRIHATIN ANJUR PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT SEMPENA PROGRAM KKP
29 July 2025
PUTRAJAYA, 29–30 Julai 2025 – Sempena Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP), Yayasan Prihatin SPRM telah menganjurkan program pemeriksaan darah penuh (full blood test) dengan kerjasama Hospital Stella melibatkan 100 ahli yayasan secara percuma.
Selain itu, yayasan turut membuka reruai promosi makanan sihat yang menjual buah-buahan segar bagi menggalakkan amalan pemakanan seimbang.
Reruai Yayasan Prihatin turut menerima kunjungan pengurusan tertinggi SPRM yang hadir memberi sokongan kepada inisiatif kesihatan dan kebajikan warga kerja.