ULANG TAHUN SPRM KE-59 DIRAIKAN DENGAN DOA KESYUKURAN

ULANG TAHUN SPRM KE-59 DIRAIKAN DENGAN DOA KESYUKURAN
01 October 2026
Putrajaya, 2 Oktober 2026 โ€“ Sambutan Ulang Tahun ke-59 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut diraikan dalam Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Program Tautan Kasih Prihatin yang diadakan di Surau Nur Perdana, Presint 10, Putrajaya, pada malam tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, bersama kira-kira 400 warga SPRM dan masyarakat setempat hadir memeriahkan majlis berteraskan kerohanian itu yang dianjurkan sebagai tanda kesyukuran atas kekuatan serta kelangsungan Suruhanjaya dalam membanteras jenayah rasuah sejak penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1967.

Program ini turut menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan dengan masyarakat serta menyampaikan mesej antirasuah secara berterusan.

Dalam majlis sama, Datuk Seri Abd Halim turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Pengerusi Surau Nur Perdana, Tan Sri Ahmad Phesal Talib, dan RM3,000 kepada Mudir Maahad Tahfiz Ihyaโ€™ Al-Ahmadi, Banting, Ustaz Haji Hazren Ahmad.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datoโ€™ Sri Ahmad Khusairi Yahaya; Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM), merangkap Pengerusi Yayasan Prihatin SPRM, KPKPj Zuhairie Abu Bakar; serta pengarah-pengarah kanan, pengarah-pengarah bahagian dan negeri SPRM.