YAYASAN PRIHATIN SANTUNI KELUARGA ALLAHYARHAM PEGAWAI SPRM DI BESUT
Kunjungan penuh makna itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pencegahan, Puan Suryani Ali, serta Bendahari Yayasan Prihatin, Puan Intan Bayzura, yang hadir bagi menyampaikan sumbangan dan berkongsi rezeki sebagai tanda ingatan terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Yayasan Prihatin untuk terus menyemai nilai kemanusiaan dan kebersamaan berlandaskan prinsip “Insan, Ihsan dan Ikhlas”, dalam memastikan kebajikan warga dan keluarga SPRM sentiasa terbela.