UPACARA KEAGAMAAN & PROGRAM TAUTAN KASIH PRIHATIN SEMPENA ULANG TAHUN SPRM KE-59
Program merangkumi upacara Homa dan Abhisegam, diikuti perkongsian berkaitan isu rasuah dari perspektif ajaran Hindu oleh Datuk TPj Karunanithy a/l Y. Subbiah, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM.
Sebagai pengisian Program Tautan Kasih Prihatin, Yayasan Prihatin SPRM menyumbang RM2,000.00 kepada Pertubuhan Gemilang Ilmu, Banting, Selangor bagi menyokong usaha kebajikan dan kemasyarakatan.
Sumbangan disampaikan oleh Datuk TPj Karunanithy kepada Pengerusi pertubuhan berkenaan.Yayasan Prihatin SPRM turut diwakili oleh PPs Munir bin Ismail dalam program tersebut.
Program ini menjadi wadah menyantuni masyarakat serta memperkukuh hubungan antara SPRM, Yayasan Prihatin SPRM dan komuniti setempat.
Sekian,terima kasih