PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN ANJURAN BANK ISLAM DI PUTRAJAYA

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN ANJURAN BANK ISLAM DI  PUTRAJAYA
10 April 2026
Putrajaya, 10 April 2026 – Yayasan Prihatin telah menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Bank Islam di Putrajaya. Program ini menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Yayasan dan institusi kewangan, khususnya dalam memperluas jaringan kerjasama pada masa hadapan.

Dalam kesempatan tersebut, wakil Yayasan turut beramah mesra bersama Pn. Nur Azielia Nadia Binti Kamal, Branch Manager Bank Islam. Beliau menyambut baik kehadiran Yayasan serta menyatakan keterbukaan pihak Bank Islam untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.