YAYASAN PRIHATIN SERAH SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA BEKAS AHLI

YAYASAN PRIHATIN SERAH SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA BEKAS AHLI
18 September 2026
Hulu Langat, 18 September 2026 – Pengerusi Yayasan Prihatin, Tuan Zuhairie Abu Bakar bersama Timbalan, Tuan Hossen bin Abd Rahim telah hadir ke bagi menyantuni waris kepada Allahyarmah Noor Suraya Hani binti Wazir (Pembantu Tabdir Perkeranian/Operasi) yang telah kembali ke rahmatullah pada 18.9.2026 jam 4.00 pagi akibat kanser pangkal hidung. Ahli juga merupakan kakitangan Cawangan Modal Insan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) SPRM.
Penyerahan sumbangan tersebut diserahkan kepada anak arwah, Encik Muhammad Fazrul Naim bin Mohamed Rasyidin sebagai tanda keprihatinan dan sokongan Yayasan Prihatin terhadap keluarga ahli yang ditimpa musibah. Yayasan Prihatin turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan ini. Sekian.