PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN ANJURAN BANK RAKYAT DI PUTRAJAYA

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN ANJURAN BANK RAKYAT DI  PUTRAJAYA
08 April 2026
AYER@8, Putrajaya, 8 April 2026 – Program ini menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Yayasan dan institusi kewangan, khususnya dalam memperluas jaringan kerjasama pada masa hadapan.

Dalam kesempatan tersebut, wakil Yayasan turut beramah mesra bersama En. Arizuan bin Adam, Naib Presiden Bank Rakyat yang baharu dilantik. Beliau menyambut baik kehadiran Yayasan serta menyatakan keterbukaan pihak Bank Rakyat untuk menjalinkan kerjasama, khususnya dalam pelaksanaan program yang memberi impak kepada masyarakat.

Turut hadir, Cik Amirah Balqis selaku Pegawai Penyelaras Bank Rakyat bersama Yayasan yang memainkan peranan dalam penyelarasan hubungan antara kedua-dua pihak.