YAYASAN PRIHATIN MENYANTUNI MAJLIS PERSARAAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) TAHUN 2026

YAYASAN PRIHATIN MENYANTUNI MAJLIS PERSARAAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) TAHUN 2026
05 May 2026
Bangi Avenue Convention Center (BACC), 5 Mei – Yayasan Prihatin telah menghadiri Majlis Persaraan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tahun 2026 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Center (BACC), Kajang, Selangor.

Majlis yang penuh bermakna ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada warga kerja SPRM yang telah dan bakal menamatkan perkhidmatan setelah menabur bakti dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen tinggi dalam usaha memerangi rasuah serta memperkukuhkan tadbir urus negara.

Kehadiran Yayasan Prihatin mencerminkan sokongan berterusan terhadap warga kerja SPRM, khususnya para pesara yang telah banyak menyumbang jasa dan pengorbanan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Selain itu, majlis ini turut menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara Yayasan dan para pesara di samping menghargai sumbangan mereka kepada Yayasan Prihatin selama ini.

Yayasan Prihatin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pesara SPRM atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga segala usaha dan dedikasi yang diberikan sepanjang perkhidmatan akan terus dikenang serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Semoga para pesara dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berterusan serta menikmati kehidupan persaraan yang penuh bermakna bersama keluarga tercinta.

Majlis Sanjungan Budi 2026 telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hj Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Turut hadir ialah Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya, Dato’ Indera Junipah Wandi, Dato’ Azmi Kamaruzaman serta Pengerusi PUSPANITA, Datin Sri Normah Mohd Zin.

“Integriti Dijunjung, Budi Disanjung”