PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) SINERGI KASIH KOMUNITI BERSAMA AKRAB SPRM KERJASAMA YAYASAN PRIHATIN SPRM

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) SINERGI KASIH KOMUNITI BERSAMA AKRAB SPRM KERJASAMA YAYASAN PRIHATIN SPRM
14 May 2026
Johor Bahru, 14 Mei 2026 – Yayasan Prihatin SPRM dengan kerjasama AKRAB SPRM telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sinergi Kasih Komuniti bersama penghuni Taman Sinar Harapan Jubli dalam suasana penuh mesra, harmoni dan kasih sayang.

Program tersebut diadakan sebagai usaha menyemai nilai keprihatinan sosial, mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti serta memberi sokongan moral kepada para penghuni Taman Sinar Harapan Jubli.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya sesi taklimat, aktiviti suai kenal, mewarna bersama penghuni serta penyerahan sumbangan kepada pihak pengurusan pusat berkenaan.

Setiausaha Yayasan Prihatin SPRM, Puan Azwani Binti Talha bersama Puan Intan Bayzura telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang tunai sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan para penghuni. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Pengetua Taman Sinar Harapan Jubli, Puan Zainora Ahmad.

Sumbangan yang diberikan diharapkan dapat membantu meringankan keperluan harian para penghuni di samping menceriakan kehidupan mereka.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme, KPKPj Syed Mohd Termizi bin Syed Musa serta Pengerusi AKRAB, Tuan Harussani bin Hamzah.

Program CSR Sinergi Kasih Komuniti ini telah berlangsung dengan jayanya dan diharapkan usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, penyayang dan saling membantu.