PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA UNIT KEBAJIKAN SPRM

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA UNIT KEBAJIKAN SPRM
15 May 2026
Putrajaya, 15 Mei 2026 – Yayasan Prihatin telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada Unit Kebajikan SPRM sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap usaha kebajikan yang dilaksanakan bagi membantu warga yang memerlukan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Prihatin, Tuan Zuhairie Abu Bakar kepada wakil Unit Kebajikan SPRM, Tuan Hossen Bin Abdul Rahim dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Pejabat TKPP SPRM.

Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Kebajikan, Dato’ Indera Junipah Binti Wandi.
Sumbangan yang disalurkan diharapkan dapat memberi manfaat serta membantu memperkukuhkan lagi usaha kebajikan demi kesejahteraan warga yang memerlukan. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen Yayasan Prihatin dalam menyemai nilai keprihatinan, kerjasama dan semangat kemanusiaan dalam masyarakat.

Yayasan Prihatin akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dan program kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan serta memperkukuhkan budaya prihatin dalam kalangan warga SPRM dan masyarakat keseluruhannya.