SUMBANGAN KEMASYARAKATAN KEPADA KEMATIAN ISTERI PESARA SPRM

SUMBANGAN KEMASYARAKATAN KEPADA KEMATIAN ISTERI PESARA SPRM
08 July 2026
Perak, 8 Jun 2026 – Pengerusi Yayasan Prihatin, Tuan Zuhairie Abu Bakar, telah hadir ke Kampung Titi Gantung, Perak bagi menyampaikan sumbangan bantuan kemasyarakatan kepada Tuan Abdul Malek Yusof.

Tuan Abdul Malek Yusof yang merupakan pesara Timbalan Pengarah, Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama isterinya di Jalan Kuala Bikam pada 5 Jun 2026. Dalam kejadian tersebut, isteri beliau telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Penyerahan sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan Yayasan Prihatin terhadap ahli serta keluarga yang sedang berdepan dengan musibah. Yayasan Prihatin turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat yang penuh dugaan ini.