PENYERAHAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARIS MENDIANG PPj MOSES ANAK LAWRENCE

PENYERAHAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARIS MENDIANG PPj MOSES ANAK LAWRENCE
13 May 2026
Putrajaya, 13 Mei 2026 – Pengerusi Yayasan Prihatin, Tuan Zuhairie Abu Bakar telah hadir ke Unit Perubatan Forensik Hospital Putrajaya bagi menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada isteri mendiang, Puan Idelinee Colina Peter.
Mendiang PPj Moses anak Lawrence yang merupakan Timbalan Pengarah Operasi, Bahagian Forensik Teknologi, telah meninggal dunia pada 13 Mei 2026 (Rabu) akibat serangan jantung.
Penyerahan sumbangan tersebut adalah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan Yayasan Prihatin terhadap keluarga ahli yang ditimpa musibah. Yayasan Prihatin turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.