UPACARA KEAGAMAAN & PROGRAM TAUTAN KASIH PRIHATIN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN SPRM KE-59
Program melibatkan 14 pegawai SPRM, 24 ahli BMSM dan komuniti Buddhis serta 5 wakil Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Da Ci. Upacara keagamaan diisi dengan bacaan doa selamat oleh Venerable Bhante Gunaratana serta perkongsian ringkas berkaitan Dhamma dan antirasuah.
Bagi pengisian Program Tautan Kasih Prihatin, sumbangan Yayasan Prihatin SPRM berjumlah RM2,000.00 telah disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Da Ci bagi membantu menampung kos operasi rumah kebajikan serta yuran persekolahan kanak-kanak di bawah jagaan pertubuhan tersebut.
Sumbangan telah disampaikan oleh P/PsK Intan Bayzura binti Amran mewakili Yayasan Prihatin SPRM kepada Encik Tecky Lee, wakil Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Da Ci, dan disaksikan oleh Puan Loh Pai Ling, Presiden BMSM.
Sekian,terima kasih